"I've been thinking, is there any hope for me? but HOW? because I barely can't find the light to go through."
Saja je nak tulis dalam BI jap. Dah lama tak buat karangan. Almaklumlah, engineer-to-be. Mana main ayat-ayat, grammar-grammar ni bagai. Okay, sebenarnya ini tujuan sebenar aku nak tulis blog ni tiba-tiba. Ingatkan nak lupakan je blog-blog ni semua. TAPI tak boleh! Tangan ni gian.
"Cita-cita vs Minat vs Impian" . Tajuk ala-ala Bemuda triangle gituwh. Nampak macam sama, hakikatnya makna yang berbeza. Aku rasa kawan-kawan U aku, perempuan je lah kowt yang tahu, Aku memang NAK sangat sangat sangat sangat sangat pergi KAIST. Amboi banyak betul sangat. But seriously aku memang nak sangat belajar dekat sana. Kadang-kadang terasa desperate pon ada. Nak belajar kat sana, kemain perasan. Duit tak ada! Results tak bagus! Kokurikulum pon tak ada! Macam mana lah nak pergi sana~
Aku punya determination nak pergi tu, boleh tau kalau baca previous post aku. Aku rasa aku post tu masa aku dalam Part 2 kowt. Tak ingat lah... Sekarang, aku dah nak masuk Part 5. Alhamdulillah. SYUKUR! N a m u n, banyak benda-benda pelik datang bertubi-tubi, menjengah pemikiran gua.
The story begin with; Once upon a time.... there is a girl who is really hate Mathematics and Science subjects. Ha..tu dia! Syasya orangnya. Aku tak berapa benci subjek Maths, sebab mula-mula je benci, then, bila dah usaha, nampak jugak lah hasilnya. Tapi kalau subjek SCIENCE, aku tak tau lah kenapa, sebab aku memang tidak dikurniakan otak untuk belajar science ke, atau aku dah mindset science ni susah ke, or cuma aku malas nak perbaiki diri?
Aku tak boleh nak jawab soalan tu. Sebab bila aku rasa susah, aku try belajar lagi, aku tak paham, then aku kata " Susah nya!", then, aku campak ke tepi sebab aku rasa malas nak serabut kan kepala. And then, aku kutip balik, aku cakap " kalau fokus ni, senang kowt~", aku try lagi, but still tak paham. Finally, aku end up sleeping with the booksss, bangun pagi buku konyok-ronyok, tau-tau dah ada kt kaki lah, bawah katil lah. So, supposedly, apa jawapan yang patut aku bagi? Aku tak tahu nak buat keputusan macam mana?
Aku mula sedar sedikit, demi sedikit tentang apa yang aku boleh buat, dan apa yang aku TAK boleh buat. Aku sebenarnya paksa diri untuk ambil engineering. Dari kecik, semua subjek yg aku xmampu bawak mesti subjek science. Subjek tu akan bertambah teruk abjad nya bila melibatkan CALCULATION. Tu lah sebab benci aku pada math menjadi-jadi. UPSR dulu, science kantoi, PMR pon same, SPM xyah cakap lah...berangan jela nak dapat A. Aku tak tahu lah, walaupun aku sedar kekurangan aku, tapi aku end up, ambil engineering jugak. Dah tentu-tentu subjek mengira banyak tak terkata!!!
Aku sangat minat bahasa, benda yang kena banyak membaca and benda yang menghafal-hafal ni. Aku sangat minat. Tapi minat tu, aku baru perasan masa dekat U. Maksud aku, aku baru nampak hasil dari minat aku tu. Tu jelah subjek yang mampu aku score. Berlakon, menyanyi, menari, bahas ala parlimen, pidato, MC, semua ni aku buat time sekolah. Siap menang macam-macam award bagai, sampai jatuh pentas pon aku masih steady =) . Aku memang suka mencapap, mencari populariti, tapi dengan cara yang betul. Bukan tergedik-gedik, terkinja-kinja sana-sini. Aku belajar mengatasi kekurangan yang ada, aku bangkit " Orang gemuk pon ada LIFE oke!". Kalau semua orang kurus je nak buat, tak adil dunia ni.
LIFE IS NOT FAIR. Allah cipta dunia fana ni, untuk semua orang berkongsi-kongsian. Tak ada pulak Dia buat "Ha, kau kurus, hirup oksigen sikit, aku gemuk aku dapat lebih". No, it's not!
"Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil dan janganlah sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk tidak berlaku adil. Berlakulah adil, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, seungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan." (Q.S.al-Maidah:8)
"...(Allah) yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya)." - Surah Al Baqarah 2 : 255
Aku sangat minat bahasa, benda yang kena banyak membaca and benda yang menghafal-hafal ni. Aku sangat minat. Tapi minat tu, aku baru perasan masa dekat U. Maksud aku, aku baru nampak hasil dari minat aku tu. Tu jelah subjek yang mampu aku score. Berlakon, menyanyi, menari, bahas ala parlimen, pidato, MC, semua ni aku buat time sekolah. Siap menang macam-macam award bagai, sampai jatuh pentas pon aku masih steady =) . Aku memang suka mencapap, mencari populariti, tapi dengan cara yang betul. Bukan tergedik-gedik, terkinja-kinja sana-sini. Aku belajar mengatasi kekurangan yang ada, aku bangkit " Orang gemuk pon ada LIFE oke!". Kalau semua orang kurus je nak buat, tak adil dunia ni.
LIFE IS NOT FAIR. Allah cipta dunia fana ni, untuk semua orang berkongsi-kongsian. Tak ada pulak Dia buat "Ha, kau kurus, hirup oksigen sikit, aku gemuk aku dapat lebih". No, it's not!
"Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil dan janganlah sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk tidak berlaku adil. Berlakulah adil, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, seungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan." (Q.S.al-Maidah:8)
Dalam Al-Quran pon, dah terang-terang tertulis. Kita yang manusia ni, rasa diri megah buat dunia tak adil, hidup tak adil. Yang pandai, dapat pergi overseas, masuk U hebat-hebat, ambil je course apa pun mesti dapat, selalu kena puji, semua benda yang baik-baik lah. Yang tak berapa pandai tinggal jauh kebelakang....kalau yang tak berusaha nak pandai tu, lantak pi lah...Ni kepada yang dah berusaha sehabis baik.
Aku masih tak paham, aku punya lah menangis-nangis belajar sensorang tengah malam nak naik kan CGPA yang rendah, sebab konon-konon nak pergi KAIST, orang 'lain' relax je bawak nota, meniru, tanya orang sebelah, search google kat handphone dalam dewan peperiksaan. Then, markah kemain hebat aku tengok. Bangga je setiap sem ambil sijil dekan. "Woah! Hebat lah dia! Pergh~ CGPA 3.99!" Orang dok asyik puji-puji. Hebat apa kebenda nya kalau meniru?! Hebat apa kebendanya kalau dapat soalan bocor sebijik-bijik?? Tapi nak buat macam mana, hidup ni tak adil. Aku pon pandang je lah dengan muka sedih. Diorang tak ada rasa bersalah ke dalam diri? Tak rasa bersalah dekat orang yang belajar macam nak mati terjun tingkap dari tingkat dua ni? Ilmu tu berkat ke weh?
Dengan wujud nya orang-orang macam ni, aku mula nampak usaha aku sia-sia. Aku mula anti dengan mereka. Impian untuk pergi ke KAIST, nampak sangat kabur. Cita-cita mama & papa nak tengok anak berjaya jadi engineer, aku terpaksa tanam dekat kubur. Sedih aku. Tambah-tambah lagi, bila final hari tu aku tak boleh jawab. Bersih la booklet answer. Harapan tu Dush... berterabur ke lantai dipijak orang...
Namun, aku mula nampak harapan di tengah jalan. Cerita bermula, pada sem lepas (sem 3), aku tawarkan diri nak jadi MC event yang part kitaorang organize. Sebab aku tengok macam tak ada orang nak jadi. Tetamu VIP, Naib Rektor Uitm Pahang, kalau kat sekolah kiranya pangkat Guru Penolong Kanan lah. Hari yang ditunggu pun tiba. You know what, aku dipuji Naib Rektor Uitm Pahang! Masa tu, how can that happen in this world? Aku just senyum, sebab tak tahu nak respon macam mana. Terkejut lah konon-konon~
Baru-baru ni, aku dipilih sekali lagi untuk menjadi MC Annual Dinner FKA. Tetamu VIP, REKTOR UiTM PAHANG. Kalau td guru penolong kanan, ni kira Pengetua lah...Apabila beliau memulakan ucapan;
" Terima kasih pengerusi majlis, terutamanya kepada saudari pengerusi majlis. Rasanya boleh mintak kerja dengan RTM lepas ni. Ada bakat terpendam yang boleh dikembangkan. "
- PROF MADYA DATO' DR HJ HILMI BIN AB RAHMAN
Once again, aku terkejut. Hebat sangat ke suara aku? Setimpal ke pujian yang diberi? Aku tak pernah rasa apa-apa dalam suara aku, sebab bila aku dengar balik, "Apa hodoh je bunyik nya?". Macam tulah aku cakap.
Sambil makan di DM, aku terpandang pembaca berita TV3, aku terbayang kalau aku yang tengah baca berita. WOW! Tiap-tiap hari muka keluar TV pon aku tak kisah. Tengok gaji Pak Ngah Salih aku jadi pengacara, gaji ribu-ribu, bini sampai empat, kereta BMW 2 pintu, pergh! Telan air liur.
Aku pun menyuarakan pendapat dekat roomate aku. Dia cakap " Boleh sya, boleh punya. Cuma... kena kuruskan badan je la.." Kali ni aku paham, kenapa perlu kuruskan badan. Sebab public figure, tak pandang dalaman, tapi memandang luaran. Penting luaran tu. Tak perlu lah aku membebel, orang bagi brochure Alpha Lipit la, Herba Life la, macam-macam. Semua aim orang macam aku. Ya, kuruskan badan tu penting. Tapi aku bahagia jadi diri aku. Aku bangga kerana tak terjurus untuk memakai baju-baju yang menampakkan bentuk pinggang yang ramping, kaki yang kecil, perut yang kempis. TAK ADA. I tends to buy clothes with the size the biggest one, semata-mata malu orang nampak lemak. Lagipun, menutup aurat dan bangga kerana menjadi orang kaya yang cukup kain tutup badan. Tak gitu? Dah merepek lagi~
Sooooo...., i've decided. Kalau lah engineering ni bukan ditakdirkan untuk aku, Aku nak ambil MASS COM! Ha! Jauh betulkan? Tersimpang habis. Kalau perkara ni boleh naikkan kemarahan mak ayah aku, aku yakin mereka pasti faham suatu hari nanti. Aku rela untuk menerima semua brochure menguruskan badan, aku cuba. Insyaallah~
Kalau aku dah buta terus nak cari jalan penyelesaian dalam engineering yang penuh dengan formula kurrraja tu, aku sanggup maju setapak mencuba perkara baru. Mungkin orang kata gaji tak sehebat engineer, tapi apa guna paksa diri kalau tak mampu? Apa guna jadi engineer kalau ilmu kau tu tak berkat? Ha...mohon terasa.
Memanglah kadang-kadang tu, eh tak. Selalu lah jugak rasa,
Bila tak mengharap apa-apa,
And I'll just,
"...(Allah) yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya)." - Surah Al Baqarah 2 : 255
#Sorry entri sangat panjang, sebab tangan tak berhenti menaip.



.jpg)


Whoa dah macam blog baru :)
ReplyDeleteOkay let's get to the point.
Memanglah, kalau fikir orang akan kata, apa guna belajar lama-lama and then tukar profesion and whatnot. Rugi masa belajar lah, apa lah.
But then, satu benda yang aku pegang. Do what you love, and love what you do. Buat apa nak stay lama-lama dekat sesuatu yang memang kita tak ada passion? Passion tu penting, takde bakat takpe. Boleh pupuk. As long as you keep the passion inside you.
Dalam dunia ni, mana ada benda yang senang. Semua ada cabaran masing2. Sama jugak dengan enginering and mass com. Dua2 ada obstacles sendiri. Kalau kau nak lompat pergi mass com sebab kau rasa mass com senang, forget it. Mentaliti tu akan buat kau give up bila kau hadapi masalah.
Aku bukan nak suruh kau tukar. Aku neutral, aku ikut je apa yang kau nak, as long as kau tegas dengan decision kau. Opinion aku senang je, macam tadi lah. Buat apa yang rasa betul untuk diri kau. Kalau nak tukar, kau kena kuat. kalau tak, fikiran kau akan penuh dengan rasa penyesalan. Tak guna dah nanti.
Of course, you can take advices from people as consideration. But in the end, kau jugak yang kena buat keputusan, sebab tu hidup kau.
So yeah, kalau kau rasa kusut sangat, you will always have Allah. Pergi buat istikharah :)
Nah, tengok ni - http://ftnsry.tumblr.com/post/47622513785
hurm...benda dah minat tp xde bakat. that's engineering.
ReplyDeleteAku cuma nak cari jalan kalau dah memang aku DAH xlayak sgt ambil course engineering ni. And I found mass com.
ade lg setahun utk decide. thanx anyway, aku suka tumblr tu!