Friday, August 15, 2014

Fuhh! Fuhhh! *tiup habuk*

Assalamualaikum.

Berhabuk blog ni aku tinggalkan. Akhirnya aku telah kumpulkan satu tenaga sailormoon bergabung pokemon ditambah pulak helikopta sang doraemon maka aku telah mula menaip.

Aku ni bila menulis, walaupun caption pendek sekalipun, aku ada satu perasaan yang aku nak orang baca tulisan aku, aku nak orang memberi reaksi terhadap pendapat yang aku utarakan, aku nak orang faham apa yang aku cuba sampaikan. Kira jenis nak cari populariti lah kot. Tapi aku bukan nak cari populariti murahan. Aku nak cari populariti dalam menjana minda orang-orang sebaya aku.

Sebagai contoh; Matluthfi.

Aku memang minat sangat dengan dia. Bukan pasal rupa ( okay, ni jatuh sebab nombor 2 =b ), tapi kerana idea dan pemikiran dia buat aku terfikir, ada juga manusia macam ni hidup lagi. Dia sangat membuatkan remaja-remaja, hatta mak bapak orang tua sekali pun akan terfikir perkara-perkara yang tak pernah terlintas dek akal. Dia menyampaikan suatu revolusi pemikiran dalam bentuk mudah difahami dan lebih santai. Mungkin depa tinggai overseas, that's why lah depa hebat berfikir. Mungkinlah kot...

Walaubagaimanapun, aku tak berapa minat Anwar Hadi, sebab English dia terlalu hebat, dan pabila perasaan cemburu menular dalam diri, aku cepat-cepat tutup video dia. Secara jujur, aku kurang menerima kesantaiannya kerana bahasanya. Dramatik tak? Then, aku rasa benda ni makan aku balik sebab lepas ni, dalam kelas sepanjang masa aku kena speaking dan berdepan dengan English native speakers. Oooopppsss. Aku tak nak cerita lagi pasal ni. Next entry, okay...

Jadi, berbalik pada penulisan. Aku sangat suka menulis. Menulis menggunakan pensil/pen atau menaip menggunakan keyboard, kedua-duanya aku suka. Suatu ketika dahulu hobi aku ialah mengarang novel. Tapi semuanya berhenti sekerat jalan. Sebab apa? Sebab setiap kali aku karang novel, bila dipertengahan, si penulis akan putus cinta. Tak pun, kecewa kerana cinta. Itu zaman sekolah dulu. Aku rasakan ianya cinta, tapi itu hanyalah mainan perasaan semata-mata. Kejahilan zaman sekolah. Maka dengan timbulnya kekecewaan dalam jiwa, maka berakhir jugalah novel yang saya karang. Namun, helaian diari aku makin bertambah akan kekecewaan. Berhenti di keyboard fantasi, tetapi berterusan di kertas realiti. AAaaahhh ! Sudaaahh!

"Barang yang lepas jangan dikenang", (Jep Sepah, 2012)

Sebenarnya nak beritahu, selepas entri ini, aku nak terus menerus update blog ni. Aku nak ceritakan pengalaman aku, aku nak berfantasi, aku nak menghadapi realiti, semua akan aku ceritakan di sini. Insyaallah. Aku nak mencari medium yang mungkin boleh merehatkan minda. Mungkin blog tempatnya. Cuma satu harapan aku selepas ni; aku dah mampu nak karang entri full in English. Ha...gitu. Kelas kau jaaahh! Aku ada kawan yang aku sangat suka baca blog dia *mohon terasa*. English dia dari sekolah macam baca ayat novel Cecilia Ahern. Bila dia post je entri dalam bahasa Inggeris, aku terus tekan ctrl+C ctrl+P dekat Google translate. Aku punya malas nak faham tuuu. Nauzubillah. Tuhan je tahu.

Hamek kau syaaa! Makan diri sendiri! =/

Mata pun dah mula kelayuan, maka saya berangakat beradu dulu. Maafkan salah beta sekiranya beta ada membuat salah silap. Ada kiranya kita panjang umur, moga kita berjumpa lagi. Insyaallah.



#prayforMH370 #prayforMH17

Wednesday, April 10, 2013

Cita-cita vs Minat vs Impian



"I've been thinking, is there any hope for me? but HOW? because I barely can't find the light to go through."

Saja je nak tulis dalam BI jap. Dah lama tak buat karangan. Almaklumlah, engineer-to-be. Mana main ayat-ayat, grammar-grammar ni bagai. Okay, sebenarnya ini tujuan sebenar aku nak tulis blog ni tiba-tiba. Ingatkan nak lupakan je blog-blog ni semua. TAPI tak boleh! Tangan ni gian.


"Cita-cita vs Minat vs Impian" . Tajuk ala-ala Bemuda triangle gituwh. Nampak macam sama, hakikatnya makna yang berbeza. Aku rasa kawan-kawan U aku, perempuan je lah kowt yang tahu, Aku memang NAK sangat sangat sangat sangat sangat pergi KAIST. Amboi banyak betul sangat. But seriously aku memang nak sangat belajar dekat sana. Kadang-kadang terasa desperate pon ada. Nak belajar kat sana, kemain perasan. Duit tak ada! Results tak bagus! Kokurikulum pon tak ada! Macam mana lah nak pergi sana~

Aku punya determination nak pergi tu, boleh tau kalau baca previous post aku. Aku rasa aku post tu masa aku dalam Part 2 kowt. Tak ingat lah... Sekarang, aku dah nak masuk Part 5. Alhamdulillah. SYUKUR! N a m u n, banyak benda-benda pelik datang bertubi-tubi, menjengah pemikiran gua.

The story begin with; Once upon a time.... there is a girl who is really hate Mathematics and Science subjects. Ha..tu dia! Syasya orangnya. Aku tak berapa benci subjek Maths, sebab mula-mula je benci, then, bila dah usaha, nampak jugak lah hasilnya. Tapi kalau subjek SCIENCE, aku tak tau lah kenapa, sebab aku memang tidak dikurniakan otak untuk belajar science ke, atau aku dah mindset science ni susah ke, or cuma aku malas nak perbaiki diri?

Aku tak boleh nak jawab soalan tu. Sebab bila aku rasa susah, aku try belajar lagi, aku tak paham, then aku kata " Susah nya!", then, aku campak ke tepi sebab aku rasa malas nak serabut kan kepala. And then, aku kutip balik, aku cakap " kalau fokus ni, senang kowt~", aku try lagi, but still tak paham. Finally, aku end up sleeping with the booksss, bangun pagi buku konyok-ronyok, tau-tau dah ada kt kaki lah, bawah katil lah. So, supposedly, apa jawapan yang patut aku bagi? Aku tak tahu nak buat keputusan macam mana?

Aku mula sedar sedikit, demi sedikit tentang apa yang aku boleh buat, dan apa yang aku TAK boleh buat. Aku sebenarnya paksa diri untuk ambil engineering. Dari kecik, semua subjek yg aku xmampu bawak mesti subjek science. Subjek tu akan bertambah teruk abjad nya bila melibatkan CALCULATION. Tu lah sebab benci aku pada math menjadi-jadi. UPSR dulu, science kantoi, PMR pon same, SPM xyah cakap lah...berangan jela nak dapat A. Aku tak tahu lah, walaupun aku sedar kekurangan aku, tapi aku end up, ambil engineering jugak. Dah tentu-tentu subjek mengira banyak tak terkata!!!

Aku sangat minat bahasa, benda yang kena banyak membaca and benda yang menghafal-hafal ni. Aku sangat minat. Tapi minat tu, aku baru perasan masa dekat U. Maksud aku, aku baru nampak hasil dari minat aku tu. Tu jelah subjek yang mampu aku score. Berlakon, menyanyi, menari, bahas ala parlimen, pidato, MC, semua ni aku buat time sekolah. Siap menang macam-macam award bagai, sampai jatuh pentas pon aku masih steady =) . Aku memang suka mencapap, mencari populariti, tapi dengan cara yang betul. Bukan tergedik-gedik, terkinja-kinja sana-sini. Aku belajar mengatasi kekurangan yang ada, aku bangkit " Orang gemuk pon ada LIFE oke!". Kalau semua orang kurus je nak buat, tak adil dunia ni.


LIFE IS NOT FAIR. Allah cipta dunia fana ni, untuk semua orang berkongsi-kongsian. Tak ada pulak Dia buat "Ha, kau kurus, hirup oksigen sikit, aku gemuk aku dapat lebih". No, it's not!

"Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil dan janganlah sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk tidak berlaku adil. Berlakulah adil, kerana adil itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, seungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan." (Q.S.al-Maidah:8)

Dalam Al-Quran pon, dah terang-terang tertulis. Kita yang manusia ni, rasa diri megah buat dunia tak adil, hidup tak adil. Yang pandai, dapat pergi overseas, masuk U hebat-hebat, ambil je course apa pun mesti dapat, selalu kena puji, semua benda yang baik-baik lah. Yang tak berapa pandai tinggal jauh kebelakang....kalau yang tak berusaha nak pandai tu, lantak pi lah...Ni kepada yang dah berusaha sehabis baik. 

Aku masih tak paham, aku punya lah menangis-nangis belajar sensorang tengah malam nak naik kan CGPA yang rendah, sebab konon-konon nak pergi KAIST, orang 'lain' relax je bawak nota, meniru, tanya orang sebelah, search google kat handphone dalam dewan peperiksaan. Then, markah kemain hebat aku tengok. Bangga je setiap sem ambil sijil dekan. "Woah! Hebat lah dia! Pergh~ CGPA 3.99!" Orang dok asyik puji-puji. Hebat apa kebenda nya kalau meniru?! Hebat apa kebendanya kalau dapat soalan bocor sebijik-bijik?? Tapi nak buat macam mana, hidup ni tak adil. Aku pon pandang je lah dengan muka sedih. Diorang tak ada rasa bersalah ke dalam diri? Tak rasa bersalah dekat orang yang belajar macam nak mati terjun tingkap dari tingkat dua ni? Ilmu tu berkat ke weh?

Dengan wujud nya orang-orang macam ni, aku mula nampak usaha aku sia-sia. Aku mula anti dengan mereka. Impian untuk pergi ke KAIST, nampak sangat kabur. Cita-cita mama & papa nak tengok anak berjaya jadi engineer, aku terpaksa tanam dekat kubur. Sedih aku. Tambah-tambah lagi, bila final hari tu aku tak boleh jawab. Bersih la booklet answer. Harapan tu Dush... berterabur ke lantai dipijak orang...

Namun, aku mula nampak harapan di tengah jalan. Cerita bermula, pada sem lepas (sem 3), aku tawarkan diri nak jadi MC event yang part kitaorang organize. Sebab aku tengok macam tak ada orang nak jadi. Tetamu VIP, Naib Rektor Uitm Pahang, kalau kat sekolah kiranya pangkat Guru Penolong Kanan lah. Hari yang ditunggu pun tiba. You know what, aku dipuji Naib Rektor Uitm Pahang! Masa tu, how can that happen in this world? Aku just senyum, sebab tak tahu nak respon macam mana. Terkejut lah konon-konon~

Baru-baru ni, aku dipilih sekali lagi untuk menjadi MC Annual Dinner FKA. Tetamu VIP, REKTOR UiTM PAHANG. Kalau td guru penolong kanan, ni kira Pengetua lah...Apabila beliau memulakan ucapan;

" Terima kasih pengerusi majlis, terutamanya kepada saudari pengerusi majlis. Rasanya boleh mintak kerja dengan RTM lepas ni. Ada bakat terpendam yang boleh dikembangkan. " 
PROF MADYA DATO' DR HJ HILMI BIN AB RAHMAN

Once again, aku terkejut. Hebat sangat ke suara aku? Setimpal ke pujian yang diberi? Aku tak pernah rasa apa-apa dalam suara aku, sebab bila aku dengar balik, "Apa hodoh je bunyik nya?". Macam tulah aku cakap.

Sambil makan di DM, aku terpandang pembaca berita TV3, aku terbayang kalau aku yang tengah baca berita. WOW! Tiap-tiap hari muka keluar TV pon aku tak kisah. Tengok gaji Pak Ngah Salih aku jadi pengacara, gaji ribu-ribu, bini sampai empat, kereta BMW 2 pintu, pergh! Telan air liur.

Aku pun menyuarakan pendapat dekat roomate aku. Dia cakap " Boleh sya, boleh punya. Cuma... kena kuruskan badan je la.." Kali ni aku paham, kenapa perlu kuruskan badan. Sebab public figure, tak pandang dalaman, tapi memandang luaran. Penting luaran tu. Tak perlu lah aku membebel, orang bagi brochure Alpha Lipit la, Herba Life la, macam-macam. Semua aim orang macam aku. Ya, kuruskan badan tu penting. Tapi aku bahagia jadi diri aku. Aku bangga kerana tak terjurus untuk memakai baju-baju yang menampakkan bentuk pinggang yang ramping, kaki yang kecil, perut yang kempis. TAK ADA. I tends to buy clothes with the size the biggest one, semata-mata malu orang nampak lemak. Lagipun, menutup aurat dan bangga kerana menjadi orang kaya yang cukup kain tutup badan. Tak gitu? Dah merepek lagi~

Sooooo...., i've decided. Kalau lah engineering ni bukan ditakdirkan untuk aku, Aku nak ambil MASS COM! Ha! Jauh betulkan? Tersimpang habis. Kalau perkara ni boleh naikkan kemarahan mak ayah aku, aku yakin mereka pasti faham suatu hari nanti. Aku rela untuk menerima semua brochure menguruskan badan, aku cuba. Insyaallah~ 

Kalau aku dah buta terus nak cari jalan penyelesaian dalam engineering yang penuh dengan formula kurrraja tu, aku sanggup maju setapak mencuba perkara baru. Mungkin orang kata gaji tak sehebat engineer, tapi apa guna paksa diri kalau tak mampu? Apa guna jadi engineer kalau ilmu kau tu tak berkat? Ha...mohon terasa.


Memanglah kadang-kadang tu, eh tak. Selalu lah jugak rasa,


Bila tak mengharap apa-apa,


And I'll just,






"...(Allah) yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya)." - Surah Al Baqarah 2 : 255



#Sorry entri sangat panjang, sebab tangan tak berhenti menaip.

Thursday, June 7, 2012

Semua tentang KOREA


Aku tak henti-henti tengok video ni. Tak tau nape. Rasa macam sangat comel! Mungkin kerana wajah disebalik kamera kowt~ 



Semalam aku habiskan masa siang aku untuk mengisi masa lapang dengan berYOUTUBing dan berFACEBOOKing. Disebabkan semalam aku kerja malam, agak lama lah aku depan HIPPY (nama manja kepada lappy aku). Selepas bosan dengan pesbuk dan Utube, aku dapat idea yang mungkin tak bosankan aku. In conjuction aku bakal mendaftar masuk untuk semester 3 (chewah~), aku mencari 'semangat' untuk berjaya sem ni. BUT! Benda lain pulak yang jadi, bukan aku yang menarik semangat, tetapi semangat aku yang ditarik.

Sebelum tu aku berangan-angan sambut hari raya di EMBASSY MALAYSIA kat Korea. Berangan memang jauh je memanjang. Tu yang gila sangat tengok video kat atas uwh agaknya.

Then, aku try search kat GOOGLE - procedures to study abroad. Entah berapa banyak links aku bukak sampaikan aku termasuk-masuk bahagian Indonesia. Mula-mula aku bukak lawan web rasmi Kementerian Pengajian Tinggi ( KPT ). Tersedak aku baca procedures yang diperlukan.

  1. Aku perlu pastikan Universiti yang aku pilih masuk tu merupakan Universiti yang diiktiraf  JPT.
  2. Pihak JPT yang menentukan sama ada aku layak atau tidak untuk menyambungkan pelajaran ke luar negara.
  3. Syarat-syarat yang diperlukan ke Universiti yang kita mohon perlu mengikut syarat-syarat JPT bukan syarat-syarat pihak Universiti.
  4. Setelah mendapat tawaran, aku perlu mengisi borang SSLN dan Surat Tiada Halangan (tidak lagi mendapat tawaran)
  5. Dan banyak lagi!
Panduan Belajar di Luar Negara-boleh klik link ni, untuk info selanjutnya.

Bukan sekadar tersedak sebab procedures, sebab ni kira ok lagi lah. Aku sanggup duduk seminggu kat Putrajaya tu untuk uruskan hal ni. Tapi ada masalah yang lagi besar. Iaitu D-U-I-T. Kalau masalah duit, memang masalah besar lah. Mana pulak aku nak rompak duit sampai beratus-ratus ribu? Mak bapak aku pun gaji bukan hebat sangat. Aku pulak jenis boros tak habis-habis. Boros bershopping-shopping tak apa, ni boros beli makanan je. Tu badan dah macam tong drum ni.
Haish...
Daripada senyum melebar, bibir aku terus melengkung ke bawah, bibir berat nak senyum. Semangat hilang entah ke mana. Tengah malam tu, aku terus text kawan rapat aku sebab aku tak senang buat kerja. Asyik fikir duit je.

aku : Tbe2 rase down, cm xder harapan je nk g korea. ='/

kawan : Awat nih?

aku : Sume psl duit. Biasiswa nk at least 3.5 CGPA, klu ak xleh bt? Ak habeskan hari2 aku search proses nk blaja luarnegara, bab visa lg, kelulusan JPT lg, sumpah banyak tempat nk g. Lg 1 psl duit, aku search td, bnyk biasiswa yg lepasan spm, ntok ke deg susah.

kawan : Sjak ble pndai menyerah ni. Exam final blom lg an. Don't give up la.
            : Boleh! Jgn nk ngade2 jd lemah...

Even dia da bagi semangat kat aku, tapi hati aku tetap tak gembira. Nak putus asa sekarang ke? Perlu sangat ke pergi Korea tu? Banyak betul soalan yang tidak berjawapan.

Aku pon dah nak balik jengka, hope dapat jumpe semangat baru! Dapat jumpe jawapan yang aku nak. Semoga tahun ini pon aku berjaya!


Bye blog, bye kawan-kawan! mizz u ollss~

Tuesday, May 29, 2012

mengenang~


Nampak macam gambar biasa. Seorang gadis, dan pondok telefon. Mungkin agak ketinggalan zaman, tapi inilah barang paling berharga bila tinggal di asrama.

Kawanku, Daten, beriya-iya nak ambil gambar di pintu pagar masuk ASPURI. Aku pon snap gambarnya. Disuruhnya aku pula yang masuk. Aku menolak. Aku takut. Bukan takut kepada warden, tapi takut kepada kenangan. Aku meneruskan perjalanan ke surau puting. Aku jengket-jengket kaki nak tengok dorm. Wah~ rasa nak masuk tu kian menebal.
Lepas solat Zohor, lalu balik depan pintu. AAAaarrgh! Hati dah tak tahan! Nak jugak masuk! *ZuPZaPZuPZap* flashbacks datang tiba-tiba. Pandang rak kasut pon rasa nak menangis je. Tapi tahan. Malulah kalau orang nampak.

Aku rasa nak je jerit buat pengumuman kat junior-junior ni;

" Pengumuman semua junior-junior akak! Apa yang korang buat sekarang ni, korang akan ingat sampai mati. So, ciptalah memori indah. Redah je. Kalau takut-takut tak bestlah! "
 Haish... barang yang lepas jangan dikenang. Tapi, aku nak kenang jugak! Kenangan itu, menceriakan hari-hari aku!

Seriously, rindu zaman-zaman pra-matang.

Wednesday, May 23, 2012

Diri semakin matang

Aku rasa tidak perlulah berbahasa penjajah di sini. Memang kekurangan aku di situ. Apa sepatutnya yang boleh aku bernukilan di sini untuk post yang pertama? Kematangan? Nampak gaya seperti orang dewasa sudah~ Okay, aku cuba.


Usia menginjak 19 tahun pada akhir 2012. Ada kawan yang sudah berkahwin, dan ada juga kawan yang tak lama lagi bakal menimang cahaya mata sulung. Dan diri aku juga yang tak sesabar nak kahwin. Teruk betul! Tapi impian itu tidak salah kan? SALAH ke? YA, semakin hari semakin meningkat kematangan aku. Itu yang dapat aku rasakan. Sebelum ni, masa zaman mudamudi dulu (WAH!), dapat nombor lelaki, excited tak ingat dunia. Ada la sampai aku terbabit dalam kancah percintaan handphone. Macam jenayah kan? Memang sekarang benda-benda karut yang aku buat dulu aku rasakan seperti;

" Terok giler kau ni Syasya! Hidup macam tak ada haluan!"


" Kau ni sama je taraf macam budak-budak gedik yang kain singkat macam banjir, tudung singkat macam tak cukop kain, baju ketat macam salah jahit. Bodoh sangat ke kau ni?!"

Peerrggh! Setiap kali fikirkan balik, aku rasa menyesal sangat! Kenapalah aku bodoh sangat sampai boleh hanyut? KENAPA??!!
Hmmm....berfikir sejenak...
Kena positif kan? Sejarah mengajar kita, menjadi lebih dewasa... (lirik lagu ni). Apa guna akal kalau tak berfikir? Apa guna otak kalau tak digunakan dengan betul? Anda yang membaca, anda yang jawab sendiri. Daripada blog dulu, penuh pasal orang yang aku suka, tak pun lelaki yang aku usha-usha dari jauh, dan paling teruk, aku saja yang perasan lebih! Dan aku masih ingat, nama orang yang paling banyak aku tulis (tidaklah secara terang-terangan) ialah nama seorang lelaki yang aku rasakan


'"Wah~ dialah first love aku! Aku sanggup tunggu dia beribu tahun pun, aku tak kira! Aku nak kahwin jugak dengan dia!"


Yang jadi mangsa mendengar benda ni semua ialah kawan-kawan aku yang tahan jela telinga dengar apa yang aku bebelkan. Kadang-kadang, aku rasa kesian sangat. Mesti mereka tension kan? tapi...Itu dulu. Sekarang? sikit pon aku tak pandang dia. Aku rasa bahagia, tenang, aman, sampaikan, handphone berbunyi pun sekarang jadi masalah pada aku. Rimas.

Kenapa perlu fikirkan benda yang tiada penghujungnya? Kenapa mencari cinta sementara sedangkan cinta yang agung wujud di hati kita? Apa guna ALLAH, kalau tanpa cinta kepadaNya? Benda ini semua aku fikirkan satu per satu sebelum tidur. Aku mencari diri aku sendiri. Apa yang aku cari sebenarnya dalam hidup? Secara jujur, aku memikirkan benda ini semua lebih dari setahun. Setiap malam. Hidup aku agak terumbang-ambing selama mencari diri yang hilang. KEYAKINAN, hilang. KEPERCAYAAN, hilang. KEREDHAAN juga hilang.

Kenapa result SPM aku teruk? Semuanya kerana kejahilan yang aku lakukan. Bukan kejayaan yang aku cari ketika itu, tapi keseronokan semata-mata. Tengok dan lihat sekarang. Adakah keseronokan itu membawa aku kebahagiaan dan kejayaan yang aku mahukan? Adakah keseronokan itu yang membantu aku mencapai impian yang aku nantikan untuk menjadikan kenyataan? Semuanya musnah bak lipas dipijak-pijak. Eeeeiii... geli!

Sudah mencapai kelulusan semester 2 (Alhamdulilah, DL) di alam UNIVERSITI-RIAN bak kata Johan Raja Lawak, aku sudah temui apa yang aku cari. Aku sudah mempunyai matlamat. Aku tidak kira! Aku tidak mengerti apa itu JAUH. Berapa jauh pun langkah yang aku perlu daki, aku akan daki sehingga dapat! Biar apa orang nak kata, biar apa orang nak kutok. Aku peduli hape?!

ALLAH itu MAHA ADIL, Dia datangkan ributpetirputingbeliunghujanlebathujanbatu, tapi Dia datangkan pelangi yang sangat indah...

Sekarang, aku mengharapkan doa-doa mereka yang aku sayang. Aku ada impian yang aku laksanakan. Bukan impian aku seorang, tapi juga impian MAMA aku. Orang yang aku selalu aku sakitkan hati, orang yang aku hilang hormat bila aku naik minyak, orang yang banyak berkorban untuk aku, orang yang banyak menderita di sebalik senyuman. (Kenapa air mata tiba-tiba jatuh ni....???)
Biarlah impiannya untuk berumrah di KOREA. Aku yang sulung, aku lah yang perlu laksanakan impian tersebut. Kali ini aku nekad dan tekad, aku perlu realisasikan impian itu!

Orang boleh cakap,
" Apalah punya mak ni! bukan nak pergi Haji ke dulu! "

Dia mama aku, aku lagi mengerti siapa dia daripada orang asing di luar sana. Aku tahu jauh di sudut hati dia, dia mengharapkan aku untuk menghantar dia, menanggung segala perbelanjaan ke MEKAH. Bayi tidak terus berjalan kan? Aku masih meniarap sekarang. Tidak lama lagi, aku akan pastikan untuk belajar merangkak pula.

Pembaca sekalian, minta maaf jika nukilan ini terlalu panjang.

Aku cuba menyampaikan apa yang aku pendam selama ini. Kejahilan yang menghantui diri.
Aku mengharapkan doa dan sokongan anda sekalian, kerana INSYAALLAH, pada tahun 2013, aku akan menjejakkan kaki ke bumi KOREA. Bukan setakat menjejakkan kaki, SYASYA, nama itu perlu dikenali. Bukan kerana kegagalan, tapi kejayaan yang digenggam. Itu matlamat aku. 


Doakan aku supaya KAIST (KOREA ADVANCED INSTITUTE IN SCIENCE AND TECHNOLOGY) menerima permohonan aku. Bidang yang aku pilih CIVIL ENGINEERING AND STRUCTURAL DESIGN. Doakan CGPA aku di UiTM sangat cemerlang. Doakan ada pemberi biasiswa yang akan menaja aku itu ada. Aku perlu ke sana. PASTI. Mama menaruh harapan tinggi bak tingginya satelit dari bumi. Papa memberi sokongan padu bak peluru berpandu. Syaza dan Firdaus tidak sabar menge-POST gambar bercuti di Korea ke dalam FACEBOOK (nak berlagak la tu~). Harap semuanya berjalan lancar. Amin...

Kali ini, tiada lagi harapan tinggal harapan, impian tinggal angan-angan. Ini serius. Pengorbanan yang dilakukan. Dunia menjadi pemandangan indah di depan mata. Peluang sekali seumur hidup. Jika banyak kali, sangat beruntung! Orang lain berbangga anak mereka belajar di Jordan, German, Jepun dan sebagainya. Apa salahnya jika ibuku pula yang berbangga? Tepuk dada, tanya diri anda. " Sakit tak?! "

Ada satu soalan yang ditanyakan rakan sekerja aku.

" Kau pernah bercinta tak, Sya? ". Sambil masak popcorn dia bertanya.

" Tak". Aku membohong. Tersentak ditanya soalan sebegitu.
" Kenapa? ". Ok, ini dah dua soalan.

" Sebab aku rasa tak perlu, kan ? ". Aku kerutkan dahi dan mengangkat bahu.
" Sampai bila, tak perlu tu? ". Fine! Ini sudah tiga soalan.

Tapi, aku biarkan saja soalan itu. Aku sendiri tak dapat menjawabnya. Aku cuba balas dengan senyuman. Kawan aku itu pun hanya membalas senyuman diberi. Biar cinta datang sendiri. Klise. Seriously. Sekelumit perasaan jelous pon tak hadir dalam diri. Tak sedih pun kalau tengok orang lain ada pasangan, tapi kita tak ada. Kenapa eh? Entah. Belajar lagi penting kot.. Tak tahu nak jawab apa.

Tujuan nak pergi Korea, belajar. Itu main point. Minor points? Aik! Macam banyak je. Kalau dapat jodoh dekat sana pun macam cool je. Cinta di Pulau Nami gitu~  Mungkin belum masanya memikirkan soal jodoh. Sekadar bergurau, itu mampu. Kalau mencari, YA, biar cinta datang sendiri! Kalau tak cari, macam mana nak jumpa? Biar aje lah. Kalau tak kahwin? Tak apalah, tak ada jodoh. Nanti nabi tak mengaku umat. GULP! Tersedak kau!

' Berlarilah ke Utara sekalipun,
mengembaralah ke Selatan beribu tahun,
kalau dah JODOH, tak kemana...'

HA! Tu dia!

Tak apa, selesaikan apa yang tak selesai lagi, ok? Lepas semua settle, aku cubalah cari mana-mana agensi cari jodoh. Tak pun, biar mama dengan papa jela jodohkan. Syasya terima je. Aisehman, macam DenaBahrin la pulok~ Itu impian. Tak Salah pun. Hehehe...

Terima Kasih kerana sudi membaca. Kalau rajin, I post entri baru. Don't worry.


trust yourself, do the greatest BEST, tawakal and let ALLAH do the rest. ^_^