Usia menginjak 19 tahun pada akhir 2012. Ada kawan yang sudah berkahwin, dan ada juga kawan yang tak lama lagi bakal menimang cahaya mata sulung. Dan diri aku juga yang tak sesabar nak kahwin. Teruk betul! Tapi impian itu tidak salah kan? SALAH ke? YA, semakin hari semakin meningkat kematangan aku. Itu yang dapat aku rasakan. Sebelum ni, masa zaman mudamudi dulu (WAH!), dapat nombor lelaki, excited tak ingat dunia. Ada la sampai aku terbabit dalam kancah percintaan handphone. Macam jenayah kan? Memang sekarang benda-benda karut yang aku buat dulu aku rasakan seperti;
" Terok giler kau ni Syasya! Hidup macam tak ada haluan!"" Kau ni sama je taraf macam budak-budak gedik yang kain singkat macam banjir, tudung singkat macam tak cukop kain, baju ketat macam salah jahit. Bodoh sangat ke kau ni?!"
Peerrggh! Setiap kali fikirkan balik, aku rasa menyesal sangat! Kenapalah aku bodoh sangat sampai boleh hanyut? KENAPA??!!Hmmm....berfikir sejenak...
Kena positif kan? Sejarah mengajar kita, menjadi lebih dewasa... (lirik lagu ni). Apa guna akal kalau tak berfikir? Apa guna otak kalau tak digunakan dengan betul? Anda yang membaca, anda yang jawab sendiri. Daripada blog dulu, penuh pasal orang yang aku suka, tak pun lelaki yang aku usha-usha dari jauh, dan paling teruk, aku saja yang perasan lebih! Dan aku masih ingat, nama orang yang paling banyak aku tulis (tidaklah secara terang-terangan) ialah nama seorang lelaki yang aku rasakan
'"Wah~ dialah first love aku! Aku sanggup tunggu dia beribu tahun pun, aku tak kira! Aku nak kahwin jugak dengan dia!"
Yang jadi mangsa mendengar benda ni semua ialah kawan-kawan aku yang tahan jela telinga dengar apa yang aku bebelkan. Kadang-kadang, aku rasa kesian sangat. Mesti mereka tension kan? tapi...Itu dulu. Sekarang? sikit pon aku tak pandang dia. Aku rasa bahagia, tenang, aman, sampaikan, handphone berbunyi pun sekarang jadi masalah pada aku. Rimas.
Kenapa perlu fikirkan benda yang tiada penghujungnya? Kenapa mencari cinta sementara sedangkan cinta yang agung wujud di hati kita? Apa guna ALLAH, kalau tanpa cinta kepadaNya? Benda ini semua aku fikirkan satu per satu sebelum tidur. Aku mencari diri aku sendiri. Apa yang aku cari sebenarnya dalam hidup? Secara jujur, aku memikirkan benda ini semua lebih dari setahun. Setiap malam. Hidup aku agak terumbang-ambing selama mencari diri yang hilang. KEYAKINAN, hilang. KEPERCAYAAN, hilang. KEREDHAAN juga hilang.
Kenapa result SPM aku teruk? Semuanya kerana kejahilan yang aku lakukan. Bukan kejayaan yang aku cari ketika itu, tapi keseronokan semata-mata. Tengok dan lihat sekarang. Adakah keseronokan itu membawa aku kebahagiaan dan kejayaan yang aku mahukan? Adakah keseronokan itu yang membantu aku mencapai impian yang aku nantikan untuk menjadikan kenyataan? Semuanya musnah bak lipas dipijak-pijak. Eeeeiii... geli!
Sudah mencapai kelulusan semester 2 (Alhamdulilah, DL) di alam UNIVERSITI-RIAN bak kata Johan Raja Lawak, aku sudah temui apa yang aku cari. Aku sudah mempunyai matlamat. Aku tidak kira! Aku tidak mengerti apa itu JAUH. Berapa jauh pun langkah yang aku perlu daki, aku akan daki sehingga dapat! Biar apa orang nak kata, biar apa orang nak kutok. Aku peduli hape?!ALLAH itu MAHA ADIL, Dia datangkan ributpetirputingbeliunghujanlebathujanbatu, tapi Dia datangkan pelangi yang sangat indah...
Sekarang, aku mengharapkan doa-doa mereka yang aku sayang. Aku ada impian yang aku laksanakan. Bukan impian aku seorang, tapi juga impian MAMA aku. Orang yang aku selalu aku sakitkan hati, orang yang aku hilang hormat bila aku naik minyak, orang yang banyak berkorban untuk aku, orang yang banyak menderita di sebalik senyuman. (Kenapa air mata tiba-tiba jatuh ni....???)
Biarlah impiannya untuk berumrah di KOREA. Aku yang sulung, aku lah yang perlu laksanakan impian tersebut. Kali ini aku nekad dan tekad, aku perlu realisasikan impian itu!
Orang boleh cakap,
" Apalah punya mak ni! bukan nak pergi Haji ke dulu! "
Dia mama aku, aku lagi mengerti siapa dia daripada orang asing di luar sana. Aku tahu jauh di sudut hati dia, dia mengharapkan aku untuk menghantar dia, menanggung segala perbelanjaan ke MEKAH. Bayi tidak terus berjalan kan? Aku masih meniarap sekarang. Tidak lama lagi, aku akan pastikan untuk belajar merangkak pula.
Pembaca sekalian, minta maaf jika nukilan ini terlalu panjang.
Aku cuba menyampaikan apa yang aku pendam selama ini. Kejahilan yang menghantui diri.
Aku mengharapkan doa dan sokongan anda sekalian, kerana INSYAALLAH, pada tahun 2013, aku akan menjejakkan kaki ke bumi KOREA. Bukan setakat menjejakkan kaki, SYASYA, nama itu perlu dikenali. Bukan kerana kegagalan, tapi kejayaan yang digenggam. Itu matlamat aku.
.jpg)
Doakan aku supaya KAIST (KOREA ADVANCED INSTITUTE IN SCIENCE AND TECHNOLOGY) menerima permohonan aku. Bidang yang aku pilih CIVIL ENGINEERING AND STRUCTURAL DESIGN. Doakan CGPA aku di UiTM sangat cemerlang. Doakan ada pemberi biasiswa yang akan menaja aku itu ada. Aku perlu ke sana. PASTI. Mama menaruh harapan tinggi bak tingginya satelit dari bumi. Papa memberi sokongan padu bak peluru berpandu. Syaza dan Firdaus tidak sabar menge-POST gambar bercuti di Korea ke dalam FACEBOOK (nak berlagak la tu~). Harap semuanya berjalan lancar. Amin...
Kali ini, tiada lagi harapan tinggal harapan, impian tinggal angan-angan. Ini serius. Pengorbanan yang dilakukan. Dunia menjadi pemandangan indah di depan mata. Peluang sekali seumur hidup. Jika banyak kali, sangat beruntung! Orang lain berbangga anak mereka belajar di Jordan, German, Jepun dan sebagainya. Apa salahnya jika ibuku pula yang berbangga? Tepuk dada, tanya diri anda. " Sakit tak?! "
Ada satu soalan yang ditanyakan rakan sekerja aku.
" Kau pernah bercinta tak, Sya? ". Sambil masak popcorn dia bertanya.
" Tak". Aku membohong. Tersentak ditanya soalan sebegitu.
" Kenapa? ". Ok, ini dah dua soalan.
" Sebab aku rasa tak perlu, kan ? ". Aku kerutkan dahi dan mengangkat bahu.
" Sampai bila, tak perlu tu? ". Fine! Ini sudah tiga soalan.
Tapi, aku biarkan saja soalan itu. Aku sendiri tak dapat menjawabnya. Aku cuba balas dengan senyuman. Kawan aku itu pun hanya membalas senyuman diberi. Biar cinta datang sendiri. Klise. Seriously. Sekelumit perasaan jelous pon tak hadir dalam diri. Tak sedih pun kalau tengok orang lain ada pasangan, tapi kita tak ada. Kenapa eh? Entah. Belajar lagi penting kot.. Tak tahu nak jawab apa.
Tujuan nak pergi Korea, belajar. Itu main point. Minor points? Aik! Macam banyak je. Kalau dapat jodoh dekat sana pun macam cool je. Cinta di Pulau Nami gitu~ Mungkin belum masanya memikirkan soal jodoh. Sekadar bergurau, itu mampu. Kalau mencari, YA, biar cinta datang sendiri! Kalau tak cari, macam mana nak jumpa? Biar aje lah. Kalau tak kahwin? Tak apalah, tak ada jodoh. Nanti nabi tak mengaku umat. GULP! Tersedak kau!
' Berlarilah ke Utara sekalipun,
mengembaralah ke Selatan beribu tahun,
kalau dah JODOH, tak kemana...'
HA! Tu dia!
Tak apa, selesaikan apa yang tak selesai lagi, ok? Lepas semua settle, aku cubalah cari mana-mana agensi cari jodoh. Tak pun, biar mama dengan papa jela jodohkan. Syasya terima je. Aisehman, macam DenaBahrin la pulok~ Itu impian. Tak Salah pun. Hehehe...
Terima Kasih kerana sudi membaca. Kalau rajin, I post entri baru. Don't worry.
trust yourself, do the greatest BEST, tawakal and let ALLAH do the rest. ^_^



No comments:
Post a Comment