Thursday, June 7, 2012

Semua tentang KOREA


Aku tak henti-henti tengok video ni. Tak tau nape. Rasa macam sangat comel! Mungkin kerana wajah disebalik kamera kowt~ 



Semalam aku habiskan masa siang aku untuk mengisi masa lapang dengan berYOUTUBing dan berFACEBOOKing. Disebabkan semalam aku kerja malam, agak lama lah aku depan HIPPY (nama manja kepada lappy aku). Selepas bosan dengan pesbuk dan Utube, aku dapat idea yang mungkin tak bosankan aku. In conjuction aku bakal mendaftar masuk untuk semester 3 (chewah~), aku mencari 'semangat' untuk berjaya sem ni. BUT! Benda lain pulak yang jadi, bukan aku yang menarik semangat, tetapi semangat aku yang ditarik.

Sebelum tu aku berangan-angan sambut hari raya di EMBASSY MALAYSIA kat Korea. Berangan memang jauh je memanjang. Tu yang gila sangat tengok video kat atas uwh agaknya.

Then, aku try search kat GOOGLE - procedures to study abroad. Entah berapa banyak links aku bukak sampaikan aku termasuk-masuk bahagian Indonesia. Mula-mula aku bukak lawan web rasmi Kementerian Pengajian Tinggi ( KPT ). Tersedak aku baca procedures yang diperlukan.

  1. Aku perlu pastikan Universiti yang aku pilih masuk tu merupakan Universiti yang diiktiraf  JPT.
  2. Pihak JPT yang menentukan sama ada aku layak atau tidak untuk menyambungkan pelajaran ke luar negara.
  3. Syarat-syarat yang diperlukan ke Universiti yang kita mohon perlu mengikut syarat-syarat JPT bukan syarat-syarat pihak Universiti.
  4. Setelah mendapat tawaran, aku perlu mengisi borang SSLN dan Surat Tiada Halangan (tidak lagi mendapat tawaran)
  5. Dan banyak lagi!
Panduan Belajar di Luar Negara-boleh klik link ni, untuk info selanjutnya.

Bukan sekadar tersedak sebab procedures, sebab ni kira ok lagi lah. Aku sanggup duduk seminggu kat Putrajaya tu untuk uruskan hal ni. Tapi ada masalah yang lagi besar. Iaitu D-U-I-T. Kalau masalah duit, memang masalah besar lah. Mana pulak aku nak rompak duit sampai beratus-ratus ribu? Mak bapak aku pun gaji bukan hebat sangat. Aku pulak jenis boros tak habis-habis. Boros bershopping-shopping tak apa, ni boros beli makanan je. Tu badan dah macam tong drum ni.
Haish...
Daripada senyum melebar, bibir aku terus melengkung ke bawah, bibir berat nak senyum. Semangat hilang entah ke mana. Tengah malam tu, aku terus text kawan rapat aku sebab aku tak senang buat kerja. Asyik fikir duit je.

aku : Tbe2 rase down, cm xder harapan je nk g korea. ='/

kawan : Awat nih?

aku : Sume psl duit. Biasiswa nk at least 3.5 CGPA, klu ak xleh bt? Ak habeskan hari2 aku search proses nk blaja luarnegara, bab visa lg, kelulusan JPT lg, sumpah banyak tempat nk g. Lg 1 psl duit, aku search td, bnyk biasiswa yg lepasan spm, ntok ke deg susah.

kawan : Sjak ble pndai menyerah ni. Exam final blom lg an. Don't give up la.
            : Boleh! Jgn nk ngade2 jd lemah...

Even dia da bagi semangat kat aku, tapi hati aku tetap tak gembira. Nak putus asa sekarang ke? Perlu sangat ke pergi Korea tu? Banyak betul soalan yang tidak berjawapan.

Aku pon dah nak balik jengka, hope dapat jumpe semangat baru! Dapat jumpe jawapan yang aku nak. Semoga tahun ini pon aku berjaya!


Bye blog, bye kawan-kawan! mizz u ollss~

No comments:

Post a Comment