Friday, August 15, 2014

Fuhh! Fuhhh! *tiup habuk*

Assalamualaikum.

Berhabuk blog ni aku tinggalkan. Akhirnya aku telah kumpulkan satu tenaga sailormoon bergabung pokemon ditambah pulak helikopta sang doraemon maka aku telah mula menaip.

Aku ni bila menulis, walaupun caption pendek sekalipun, aku ada satu perasaan yang aku nak orang baca tulisan aku, aku nak orang memberi reaksi terhadap pendapat yang aku utarakan, aku nak orang faham apa yang aku cuba sampaikan. Kira jenis nak cari populariti lah kot. Tapi aku bukan nak cari populariti murahan. Aku nak cari populariti dalam menjana minda orang-orang sebaya aku.

Sebagai contoh; Matluthfi.

Aku memang minat sangat dengan dia. Bukan pasal rupa ( okay, ni jatuh sebab nombor 2 =b ), tapi kerana idea dan pemikiran dia buat aku terfikir, ada juga manusia macam ni hidup lagi. Dia sangat membuatkan remaja-remaja, hatta mak bapak orang tua sekali pun akan terfikir perkara-perkara yang tak pernah terlintas dek akal. Dia menyampaikan suatu revolusi pemikiran dalam bentuk mudah difahami dan lebih santai. Mungkin depa tinggai overseas, that's why lah depa hebat berfikir. Mungkinlah kot...

Walaubagaimanapun, aku tak berapa minat Anwar Hadi, sebab English dia terlalu hebat, dan pabila perasaan cemburu menular dalam diri, aku cepat-cepat tutup video dia. Secara jujur, aku kurang menerima kesantaiannya kerana bahasanya. Dramatik tak? Then, aku rasa benda ni makan aku balik sebab lepas ni, dalam kelas sepanjang masa aku kena speaking dan berdepan dengan English native speakers. Oooopppsss. Aku tak nak cerita lagi pasal ni. Next entry, okay...

Jadi, berbalik pada penulisan. Aku sangat suka menulis. Menulis menggunakan pensil/pen atau menaip menggunakan keyboard, kedua-duanya aku suka. Suatu ketika dahulu hobi aku ialah mengarang novel. Tapi semuanya berhenti sekerat jalan. Sebab apa? Sebab setiap kali aku karang novel, bila dipertengahan, si penulis akan putus cinta. Tak pun, kecewa kerana cinta. Itu zaman sekolah dulu. Aku rasakan ianya cinta, tapi itu hanyalah mainan perasaan semata-mata. Kejahilan zaman sekolah. Maka dengan timbulnya kekecewaan dalam jiwa, maka berakhir jugalah novel yang saya karang. Namun, helaian diari aku makin bertambah akan kekecewaan. Berhenti di keyboard fantasi, tetapi berterusan di kertas realiti. AAaaahhh ! Sudaaahh!

"Barang yang lepas jangan dikenang", (Jep Sepah, 2012)

Sebenarnya nak beritahu, selepas entri ini, aku nak terus menerus update blog ni. Aku nak ceritakan pengalaman aku, aku nak berfantasi, aku nak menghadapi realiti, semua akan aku ceritakan di sini. Insyaallah. Aku nak mencari medium yang mungkin boleh merehatkan minda. Mungkin blog tempatnya. Cuma satu harapan aku selepas ni; aku dah mampu nak karang entri full in English. Ha...gitu. Kelas kau jaaahh! Aku ada kawan yang aku sangat suka baca blog dia *mohon terasa*. English dia dari sekolah macam baca ayat novel Cecilia Ahern. Bila dia post je entri dalam bahasa Inggeris, aku terus tekan ctrl+C ctrl+P dekat Google translate. Aku punya malas nak faham tuuu. Nauzubillah. Tuhan je tahu.

Hamek kau syaaa! Makan diri sendiri! =/

Mata pun dah mula kelayuan, maka saya berangakat beradu dulu. Maafkan salah beta sekiranya beta ada membuat salah silap. Ada kiranya kita panjang umur, moga kita berjumpa lagi. Insyaallah.



#prayforMH370 #prayforMH17

2 comments:

  1. Kan kita dah cakap kita suka baca blog awak, asal baca je tergelak. Alhamdulillah Allah bukakan pintu hati awak nak menulis semula hahahahaha muah ciked :*

    Okay bye, mohon update banyak2 lagi.

    ReplyDelete
  2. Hi sorry i am not that joey ong youre looking for so sorry! Hope you see her soon!

    ReplyDelete